Breaking News
Loading...
Tuesday, July 29, 2008

Water Heater

2:44 PM
Aku rasa mangsa tak menggunakan water heater yang ada ELCB ( Earth Leakage Circuit Breaker). Untuk heater model yang lama memang tak di lengkapi dengan alat ELCB. ELCB ialah alat yang memutuskan litar elektrik bila ada litar pintas, lebihan voltage ataupun kerosakan pada alat tersebut. Bagi yang menggunakan electric heater yang di lengkapi dengan ELCB pastikan ELCB sentiasa berfungsi dengan buat test pada setiap minggu. Pada alat heater biasanya ada satu button kecil ditulis 'test', tekan button tersebut, jika heater tersebut terputus bekalan elektrik bermakna electric heater kita berada dalam keadaan baik. Kemudian 'on' kan semula untuk di gunakan. Bagi yang masih menggunakan electric heater model lama yang tidak dilengkapi dengan ELCB ini, cepat2 lah tukar water heater yang baru yang ada built in ELCB. Kalau nak jimat pasanglah external ELCB di luar bilik air tapi tak cantiklah rumah sebab saiznya besar. Ingat!!! Nyawa tidak boleh dijual beli, tak rugi membelanjakan duit RM 250.00 ke 400.00 untuk sistem yang kerana ia boleh menyelamatkan nyawa kita dan orang tersayang. Insiden ini telah banyak berlaku di serata dunia, sebab itulah ia telah di perbaiki sistem pemanas air ini dengan menggunakan 'built in ELCB'. Awas ye pada siapa yang ada menggunakan water heater dirumah........

Incident happen in I 22 JLN SG 8/4 TMN SRI GOMBAk - Pasangan suami isteri mati kena kejutan elektrik. BE EXTRA CAREFUL WHEN YOU USE WATER HEATER KAT RUMAH...
Newer Post
Previous
This is the last post.

0 ulasan:

Post a Comment

 
Toggle Footer